Sunday, July 25, 2010

Assalamua'laykum wbt...

Bismillahirahmanirrahim....

Ya Robbana’ tarofnaa Bian-nanaaq tarofnaa Wa an-nana asrofnaa A’la ladho Ash-rofnaa Fatub a’laina taubatan Taghsil likulli haubatin Wastur lanaal a’urooti Wa aminir Roua’ti Waghfir liwalidiina Robbi wamauludiinaa Wal Ahli wal Ikhwani Wa sa-iril khullani Wa kulli dzi mahabbah Au jirotin Au Shuhbah Wal muslimin ajma’ Amin Robiyas-ma’ Fadhlan Wajuudan Manna Laa biktisaabin Minna Bilmusthofar Rosuuli Nuhdho Bikulli suuli Solla Wasallam Rob-bii a’laihi a’d-dal Habbi Wal Ali Was Sohbi I’dada Thossis Shuhbi Walhamdu Lil ilaahi Fil bad-i wat-tanaahi Subhanaka Allahumma Wabihamdika Ash-hadu An La Ilaaha illa anta astagfiruka wa atuubu ilaik.

Ya Tuhan kami, kami mengakui bahwa sesungguhnya kami berbuat dosa. Dan sesungguhnya kami melampaui batas sehingga tidak terasa bahawa kami telah mendekati neraka. Maka ampunilah kami dengan ampunan yang dapat membasuh semua dosa kami. Tutupilah semua aib kami dan tenteramkanlah semua ketakutan dan kegelisahan kami, dan ampunilah para orang tua kami.

Ya Tuhanku, dan juga semua anak cucu kami dan semua keluarga serta semua saudara kami dan semua sahabat karib kami dan semua orang yang mencintai kami kerana Allah atau yang mempunyai hubungan jiran atau persahabatan dan semua orang-orang Muslim seluruhnya. Ya Tuhan kami, terimalah dan kabulkanlah permintaan kami berdasarkan keutamaan, kemurahan dan kurniaanMu Ya Allah, tidak berdasarkan hasil usaha kami.

Dengan wasilah Nabi yang terpilih iaitu Rasul Allah dalam setiap permintaan kami diijabi. Semoga Tuhan kami mencurahkan rahmat dan salam pada Rasulullah sejumlah biji-bijian, dan pada keluarga Nabi dan para sahabat sejumlah curah hujan dari gumpalan mendung. Segala puji kepunyaan Allah di awal dan akhir. Maha suci engkau Ya Allah dan segala puji adalah milikmu. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan melainkan hanyaEngkau aku memohon ampunan kepadaMu dan bertaubat kepadaMu…

Assalamua'laykum wbt....Salam ke atas Junjungan Mulia Baginda Rasulullah s.a.w..... Alhamdulillah atas kewujudan blog ini.....Ummi nukilkan lapangan isi hati ini buat tatapan suami yg sangat ummi cintai Abdul Azim Nur bin Jaaffar dan mujahid kecil ummi yang sangat ummi kasihi Iman Alfi Hidayat bin Abdul Azim Nur serta bakal mujahid-mujahid ummi nanti...juga buat teman-teman tersayang agar dapat berkongsi kisah suka duka serta pedoman dalam singkatnya perjalanan hidup ini....paling bermakna kerana lembaran ini adalah sempena ulangtahun pertama kelahiran buah cinta abi dan ummi... Alfi.... Moga Alfi dan bakal adik-adik dapat merasakan saratnya cinta ummi dan abi pada kalian......salam teramat sayang dari ummi sempena bermulanya lembaran ini.... =)

No comments:

Post a Comment