Monday, July 26, 2010

ish..ish..alfi sayang....


salam...semalam kan birthday fi...tapi apa dah jadi.....Adusss..mujahid ummi ni tetiba buat action kamen pulak....main ngan playgym dia sampai tersembam. Bibir atas Alfi berdarah...terus bengkak jadi muncung ikan...gugur jantung ummi dengar bunyi Alfi jatuh..sian abi..abi pun panik. Alhamdulillah Allah sentiasa jaga mujahid ummi ni...Allah nak Alfi belajar macamana rasa sakit..it was a great lesson learned sayang...lepas ni Alfi main hati2 ye... ummi cuak kalau berdarah macam tu...rasa macam lebih baik ummi yang berdarah dan rasa sakitnya...tapi anak ummi kan hero...sekarang dah boleh gelak balik....Ummi sayang anak ummi!!!

15 Syaaban ::: Nisfu Syaaban n also Alfi's birthday!!!


salam...

Sayang Ummi.... Selamat Hari Lahir jeje (manje)..... genap setahun dah umur Alfi..makin cerdik n macam2 fe'el dah anak ummi ni....cute, garang n manje sangat.... ummi dan abi sangat bahagia dan bersyukur atas kurniaan dan amanah Allah yang suci ini untuk kami.... doa kami sempena genap setahun Alfi dalam dakapan cinta kami adalah agar Alfi sentiasa sihat dan membesar sebagai anak soleh kami di dunia dan akhirat...semoga Allah izinkan lebih lama lagi Alfi, abi dan ummi dapat ketawa bersama....kerana kita semua adalah pinjaman dari Allah kan sayang...esok lusa siapa yang pulang dulu sedikit pun kita tak dapat teka... izinkan kami bersama lagi Ya Allah....mengumpul bekal untuk pulang ke kampung asal kami, SyurgaMu yang kekal abadi.... Alfi sayang...teruskan senyum dan ketawa untuk kami....ok jeje...jumpa lagi...peluk cium dari Ummi! =)

Sunday, July 25, 2010

Assalamua'laykum wbt...

Bismillahirahmanirrahim....

Ya Robbana’ tarofnaa Bian-nanaaq tarofnaa Wa an-nana asrofnaa A’la ladho Ash-rofnaa Fatub a’laina taubatan Taghsil likulli haubatin Wastur lanaal a’urooti Wa aminir Roua’ti Waghfir liwalidiina Robbi wamauludiinaa Wal Ahli wal Ikhwani Wa sa-iril khullani Wa kulli dzi mahabbah Au jirotin Au Shuhbah Wal muslimin ajma’ Amin Robiyas-ma’ Fadhlan Wajuudan Manna Laa biktisaabin Minna Bilmusthofar Rosuuli Nuhdho Bikulli suuli Solla Wasallam Rob-bii a’laihi a’d-dal Habbi Wal Ali Was Sohbi I’dada Thossis Shuhbi Walhamdu Lil ilaahi Fil bad-i wat-tanaahi Subhanaka Allahumma Wabihamdika Ash-hadu An La Ilaaha illa anta astagfiruka wa atuubu ilaik.

Ya Tuhan kami, kami mengakui bahwa sesungguhnya kami berbuat dosa. Dan sesungguhnya kami melampaui batas sehingga tidak terasa bahawa kami telah mendekati neraka. Maka ampunilah kami dengan ampunan yang dapat membasuh semua dosa kami. Tutupilah semua aib kami dan tenteramkanlah semua ketakutan dan kegelisahan kami, dan ampunilah para orang tua kami.

Ya Tuhanku, dan juga semua anak cucu kami dan semua keluarga serta semua saudara kami dan semua sahabat karib kami dan semua orang yang mencintai kami kerana Allah atau yang mempunyai hubungan jiran atau persahabatan dan semua orang-orang Muslim seluruhnya. Ya Tuhan kami, terimalah dan kabulkanlah permintaan kami berdasarkan keutamaan, kemurahan dan kurniaanMu Ya Allah, tidak berdasarkan hasil usaha kami.

Dengan wasilah Nabi yang terpilih iaitu Rasul Allah dalam setiap permintaan kami diijabi. Semoga Tuhan kami mencurahkan rahmat dan salam pada Rasulullah sejumlah biji-bijian, dan pada keluarga Nabi dan para sahabat sejumlah curah hujan dari gumpalan mendung. Segala puji kepunyaan Allah di awal dan akhir. Maha suci engkau Ya Allah dan segala puji adalah milikmu. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan melainkan hanyaEngkau aku memohon ampunan kepadaMu dan bertaubat kepadaMu…

Assalamua'laykum wbt....Salam ke atas Junjungan Mulia Baginda Rasulullah s.a.w..... Alhamdulillah atas kewujudan blog ini.....Ummi nukilkan lapangan isi hati ini buat tatapan suami yg sangat ummi cintai Abdul Azim Nur bin Jaaffar dan mujahid kecil ummi yang sangat ummi kasihi Iman Alfi Hidayat bin Abdul Azim Nur serta bakal mujahid-mujahid ummi nanti...juga buat teman-teman tersayang agar dapat berkongsi kisah suka duka serta pedoman dalam singkatnya perjalanan hidup ini....paling bermakna kerana lembaran ini adalah sempena ulangtahun pertama kelahiran buah cinta abi dan ummi... Alfi.... Moga Alfi dan bakal adik-adik dapat merasakan saratnya cinta ummi dan abi pada kalian......salam teramat sayang dari ummi sempena bermulanya lembaran ini.... =)