Thursday, August 12, 2010

alfi dapat sepupu baru...

salam...alhamdulillah..pada 2 Ramadhan 1431H, pukul 4.02 am, mok a telah selamat melahirkan baby girl yang comel.... syukur sangat, segala kesakitan mok a dah berlalu...ummi berada di sisi mok a sepanjang mok a sakit contraction wlupun kdg di dalam tabir dan kadang di belakang tabir... ummi kesian sangat ummi tgk mok a sakit...ummi menangis... terasa ingin turut sekali memikul beban kesakitan mok a..itulah pengorbanan ibu..sakit yang amat dasyat itu bertukar nikmat tatkala mendengar tangisan si comel... alhamdulillah semuanya selamat dan sekarang masa tuk layan baby mok a pulak sebab si comel tu dah pandai selalu nak di riba... mesti garang n manja mcm alfi jgk nanti ni....kita tunggu..... =)

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan tiba lagi...

salam... alhamdulillah Allah panjangkan umur kita semua menyambut sekali lagi ketibaan Ramadhan bulan keberkatan... bulan yang Allah hadiahkan kepada kita untuk berbuat amal soleh kerana pahalanya berlipat ganda...agar banyak bekal kita untuk ke alam akhirat kelak...mudah mudahan kami sekeluarga tergolong dalam golongan yang Allah memberikan kelapangan dan hidayah dalam beramal soleh...dan mudah mudahan kedatangan Ramadhan kali ini mengubah hidup kami sekeluarga lebih baik dari sebelumnya dan terus beristiqamah di jalanNya.....Amin Ya Rabbal A'lamin.

Monday, August 2, 2010

kubur di atas Masjid Nabawi


Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!


Ia juga mengatakan bahawa seorang yang solleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!


Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.


"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam

sumber: http://www.tranungkite.net

celebrate birthday fi kat umah kite...

salam.....anak ummi sayang... ur first bday celebration ummi n abi decide buat kat umah kite..sebab kite nak ajak ayah mad, mok n semua family ummi kenal rumah kite...alhamdulillah abi berjaya usahakan sebuah rumah yang selesa untuk kita...siang malam abi kerja mengerah kudrat...ummi sangat terharu..insyaAllah ada balasan yang baik untuk abi di akhirat kelak... ummi sangat sayangkan abi...

semalam masa birthday fi, ummi tulis kat kek fi 'Al-Hafiz Iman Alfi Hidayat bin Abdul Azim Nur'..sebab ummi n abi nak fi jadi HAFIZ bila besar nanti..kami inginkan seluruh isi Al-Quran berada dalam dada fi agar fi menjadi mujahid yang menegakkan Islam pada zaman fi kelak...hanya itu yang ummi dan abi inginkan..kami tak mengharapkan kekayaan harta yang menggunung dari fi sayang....

ummi tak dapat nak menulis banyak sebab ummi kene jaga fi dan abi...abi tak sihat sebab abi banyak kerja dan tak cukup rehat... gambar2 ummi belum masukkan byk2 sebab ummi baru create blog ni n belum sempat study lg nak upload gambar..insyaAllah nanti ummi masukkan untuk tatapan semua... jumpa lagi..